BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

MaSjiD Kg Ulu SipiTAnG



Jauh di sudut hati sebagai anak jati Kg.Ulu Sipitang ingin melihat penduduk2 Kg maju tanpa mengira darjat dan kedudukan.Wlupun Dilanda Gejala Sosial dan pengaruh luar namun saya berharap agar satu hari nti kg Ulu sipitang ini akn menjadi antara kg yg terbaik di Dearah Sipitang.Apa yg saya nak Paparkan adalah berkenaan Masjid Di kg ini,Agak menghirankan sampai sekarang walaupun sudah diluluskan dan di bina Masjid baru tetapi masih tidak di gunakan dan di biarkan terbangkalai di tutupi Semak Samun sedangkan lokasi Masjid ini hanya bersebelahan dengan rumah JKK.Janganlah hanya pandai bercakap sedangkan tiada tindakan diambil.Kenapa bila adanya Pilihanraya baru Masalah2 seperti ini di dengar.Sebagai penduduk jati kg Ulu sipitang sama2 lah kita mengangkat mertabat bangsa dan Kg kita.

Wednesday, January 20, 2010

SuNgai TaLi aiR







Agak sedih melihat keadaan Sungai kampung Ulu Sipitang ini.Dahulunya sungai ini adalah tempat untuk mandi,mencuci pakaian dan menangkap ikan.klu 30 th lepas sungai ini masih jernih dan seronok untuk mandi manda namun sekarang semua itu hanya tinggal kenangan dan tak mungkin genarasi baru dapat merasa keseronokan mandi di sungai ini.Bukan hendak menyalahkan siapa2 cuma tiada kesedaran di kalangan org kampung.Budaya bekerjasama membersihkan sungai ini semakin kurang dan tidak mustahil akan lenyap di telan masa.Pembukaan ladang2 kelapa Sawit dan penabangan pokok2 kayu untuk pembalakan di hulu sungai jg menyebabkan keadaan sungai kotor dan semakin hari menjadi kecil kerana pasir mulai turun ke sungai.

Saturday, January 2, 2010

SAmbuTAn TAhun BArU 2o1o















Bagi menyemai permuafakatan di kalangan penduduk sekitar kawasan kg ulu sipitang,banyak aktiviti di anjurkan oleh penduduk-penduduk kg yang mana sama-sama menyumbangkan tenaga bakti dan sumber keewangan bagi melancarkan aktiviti sambutan tahun baru pada tahun ini.Aktiviti ini di adakan di kg pasir putih pada 1hb januari 2010 bermula pada masa 0700 hingga jam 12.00 tengah malam.kesinambungan dari aktiviti ini penduduk dari pelbagai kawasan khususnya Komuniti Kg.Ulu sipitang telah sama-sama menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan pada masa itu,antaranya,:

1.pertandingan permainan simban ketogori lelaki dan perempuan.
2.pertanding "melastik"
3.pertandingan "mengacip pinang"ketogori lelaki dan perempuan.
4.pertandingan bermain galah.
5.pertandingan pencak silat ketogori "pembukaan bunga sahaja"
6.pertandingan mewarna ketogori bawah umur(kanak-kanak)
7.pertandingan berkuhit"tempurung piasau"
8.pertandingan karaoke.
9.Garudi Tangan "bambit"
10.Pertandingan "Beoki"Guna duit syling
11.Berjalan atas tempurung Kelapa



permuafakatan terjalin apabila semua penduduk sama-sama memberikan komitmen sendiri apabila bersama-sama menyumbangkan hadiah(hamper)dalam apa juga ketogori yang di pertandingkan.saya amat berbangga dengan adanya acara sambutan ini dapatlah saya melihat dari dekat bagaimana semua penduduk kg berkerjasama dalam merialisasikan permuafakatan bangsa kedayan ini walaupun acara di pertandingankan adalah serba ringkas tiada sumbangan besar dari pihak-pihak berwajib mahupun dari kalangan orang-orang korporat.permufakatan ini harusnya di semai di semua tempat bukan sahaja di kg ulu sipitang namun dimana-mana tempat mana keturunan kita berada iaitu bangsa kita sendiri kedayan.walaupun kawasan acara serba kekurangan namun acara yang disambut adalah cukup meriah dan kelihatan ramai kanak-kanak bergembira sepanjang acara ini di langsungkan.Jauh di senak sanubari ini ingin melihat kg saya ini maju seperti kampung-kampung lain,ada mempunyai infrastuktur yang lengkap dan itulah impian saya agar dapat melihat kanak-kanak di beri pendedahan yang baik agar menjadi pelapis di masa akan datang.Saya bukan meminta lebih dari apa yang di lihat di kawasan bandar tetapi cukup kiranya dapat melihat adanya sekolah pintar di kawasan saya ini.sambutan ini membuka mata saya agar sentiasa memberikan pendedahan kepada luar tentang keadaan kg saya ini.kerjasama yang di jalinkan dari semua penduduk bagi melancarkan acara ini sungguh luar biasa begitu juga sambutan dari kg-kg lain.kerjasama dari segi penyediaan barang-barang keperluan mahupun sehinggala penyediaan hadiah sumbangan penduduk-penduduk itu sendiri tidak pernah merungut mahupun meminta balasan dari pihak-pihak berwajib.terima kasih saya ucapkan kepada semua penduduk yang terlibat,diharapkan dapat dikekalkan permuafakatan seperti ini sehingga akhir zaman.

Sumbangan Gambar,
Peren Jair