BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 2, 2010

SAmbuTAn TAhun BArU 2o1o















Bagi menyemai permuafakatan di kalangan penduduk sekitar kawasan kg ulu sipitang,banyak aktiviti di anjurkan oleh penduduk-penduduk kg yang mana sama-sama menyumbangkan tenaga bakti dan sumber keewangan bagi melancarkan aktiviti sambutan tahun baru pada tahun ini.Aktiviti ini di adakan di kg pasir putih pada 1hb januari 2010 bermula pada masa 0700 hingga jam 12.00 tengah malam.kesinambungan dari aktiviti ini penduduk dari pelbagai kawasan khususnya Komuniti Kg.Ulu sipitang telah sama-sama menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan pada masa itu,antaranya,:

1.pertandingan permainan simban ketogori lelaki dan perempuan.
2.pertanding "melastik"
3.pertandingan "mengacip pinang"ketogori lelaki dan perempuan.
4.pertandingan bermain galah.
5.pertandingan pencak silat ketogori "pembukaan bunga sahaja"
6.pertandingan mewarna ketogori bawah umur(kanak-kanak)
7.pertandingan berkuhit"tempurung piasau"
8.pertandingan karaoke.
9.Garudi Tangan "bambit"
10.Pertandingan "Beoki"Guna duit syling
11.Berjalan atas tempurung Kelapa



permuafakatan terjalin apabila semua penduduk sama-sama memberikan komitmen sendiri apabila bersama-sama menyumbangkan hadiah(hamper)dalam apa juga ketogori yang di pertandingkan.saya amat berbangga dengan adanya acara sambutan ini dapatlah saya melihat dari dekat bagaimana semua penduduk kg berkerjasama dalam merialisasikan permuafakatan bangsa kedayan ini walaupun acara di pertandingankan adalah serba ringkas tiada sumbangan besar dari pihak-pihak berwajib mahupun dari kalangan orang-orang korporat.permufakatan ini harusnya di semai di semua tempat bukan sahaja di kg ulu sipitang namun dimana-mana tempat mana keturunan kita berada iaitu bangsa kita sendiri kedayan.walaupun kawasan acara serba kekurangan namun acara yang disambut adalah cukup meriah dan kelihatan ramai kanak-kanak bergembira sepanjang acara ini di langsungkan.Jauh di senak sanubari ini ingin melihat kg saya ini maju seperti kampung-kampung lain,ada mempunyai infrastuktur yang lengkap dan itulah impian saya agar dapat melihat kanak-kanak di beri pendedahan yang baik agar menjadi pelapis di masa akan datang.Saya bukan meminta lebih dari apa yang di lihat di kawasan bandar tetapi cukup kiranya dapat melihat adanya sekolah pintar di kawasan saya ini.sambutan ini membuka mata saya agar sentiasa memberikan pendedahan kepada luar tentang keadaan kg saya ini.kerjasama yang di jalinkan dari semua penduduk bagi melancarkan acara ini sungguh luar biasa begitu juga sambutan dari kg-kg lain.kerjasama dari segi penyediaan barang-barang keperluan mahupun sehinggala penyediaan hadiah sumbangan penduduk-penduduk itu sendiri tidak pernah merungut mahupun meminta balasan dari pihak-pihak berwajib.terima kasih saya ucapkan kepada semua penduduk yang terlibat,diharapkan dapat dikekalkan permuafakatan seperti ini sehingga akhir zaman.

Sumbangan Gambar,
Peren Jair

0 comments: