BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 26, 2009

JaLan KG NapaRAn,Ulu SIpiTAng



Jln kg.Naparan adalah jalan penghubung kedua terpenting utk laluan ke Pekan sipitang.Agak sedih apabila jln ini tidak pernah di naik taraf atau pun diturap.setahu saya lebih kurang 30 tahun sudah berlalu namun tidak ada perubahan yang dapat dilihat mahupun sedikit tindakan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib.
Agak terkilan apabila jalan-jalan ke kebun di perbaiki dan diturap sdgkan jln Napaparan tersebut merupakan satu jalan perhubungan begitu penting bagi semua penduduk di ulu sipitang ini tidak diambil berat mahupun tidak ada ura-ura untuk projek menaik taraf jalan tersebut.
Wlupn sebelum ini banyak janji-janji yang ditaburkan oleh wakil-wakil rakyat, terutama semasa adanya suasana pilihanraya dijalankan, namun sehingga kini janji tersebut hanya tinggal janji yang tidak berkesudahan walaupun sehingga wakil-wakil rakyat tersebut saling berganti masa ke masa.saya tidak mahukan publisiti dari orang ramai cuma yang saya pinta hanyalah janji kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat ini untuk memajukan kawasan perwakilannya. jangan berjanji sekiranya tidak dapat menunaikan, harapan sy selaku penduduk kg ulu sipitang dan para pengguna jln tersebut agar satu hari nanti jln Naparan Kg.ulu sipitang di perbaiki dan di naik taraf secepat mungkin.

Sumbangan Gambar,
Adik Diding Othman

0 comments: