BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 26, 2009

JaLan KG NapaRAn,Ulu SIpiTAng



Jln kg.Naparan adalah jalan penghubung kedua terpenting utk laluan ke Pekan sipitang.Agak sedih apabila jln ini tidak pernah di naik taraf atau pun diturap.setahu saya lebih kurang 30 tahun sudah berlalu namun tidak ada perubahan yang dapat dilihat mahupun sedikit tindakan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib.
Agak terkilan apabila jalan-jalan ke kebun di perbaiki dan diturap sdgkan jln Napaparan tersebut merupakan satu jalan perhubungan begitu penting bagi semua penduduk di ulu sipitang ini tidak diambil berat mahupun tidak ada ura-ura untuk projek menaik taraf jalan tersebut.
Wlupn sebelum ini banyak janji-janji yang ditaburkan oleh wakil-wakil rakyat, terutama semasa adanya suasana pilihanraya dijalankan, namun sehingga kini janji tersebut hanya tinggal janji yang tidak berkesudahan walaupun sehingga wakil-wakil rakyat tersebut saling berganti masa ke masa.saya tidak mahukan publisiti dari orang ramai cuma yang saya pinta hanyalah janji kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat ini untuk memajukan kawasan perwakilannya. jangan berjanji sekiranya tidak dapat menunaikan, harapan sy selaku penduduk kg ulu sipitang dan para pengguna jln tersebut agar satu hari nanti jln Naparan Kg.ulu sipitang di perbaiki dan di naik taraf secepat mungkin.

Sumbangan Gambar,
Adik Diding Othman

CyBEr Cafe MiliK Penuh AnAk KeDaYaN Di KOTa KiNAbaLu




Ini adalah satu contoh seorang anak kedayan yang berusaha memajukan diri dengan menceburi bidang perniagaan cyber atau perniagaan rangkaian internet di kota kinabalu.
Beralamat di Lot 19,Ground Floor,Putatan Square,Phase 2,JLn Kompleks JKR,88200,Kota Kinabalu,Sabah.Pemikiran serta usaha seperti inilah yang akan menjadi contoh terbaik kepada semua anak-anak generasi kita pada masa akan datang,saya selaku anak kedayan berasa berbangga kerana ada usahawan yang lahir dari kalangan kita walau pun di himpit kepupusan keturunan yang semakin menjadi-jadi pada alaf ini.Anak muda inilah yang mendorang saya lebih tekun untuk memajukan lagi diri serta ingin sentiasa mencari sumber bagi blogger ini di kalangan keturunan kita,memberikan semangat serta ingin memperkenalkan usahawan-usahawan muda yang lahir dari kalangan kita anak kedayan.Saya juga ingin menjemput semua anak-anak muda untuk menyokong usahawan ini,bukan untuk mempromosi perniagaan cuma inginkan anak-anak muda kenal akan usahawan yang menjadi contoh di kalangan kita ini.Nama usahawan tersebut ialah encik Mohd Matahir Bin HJ Kuting."saya akan berusaha untuk menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menceburi bidang perniagaan ini" itu lah kata-kata semangat serta keprihatinan usahawan tersebut untuk membantu program saya yang di kenali sebagai "Anak kedayan Cemerlang"saya juga menjemput para rakan-rakan saya yang mengenali saya berkunjung ke lot perniagaan tersebut dan menyeruh semua keturunan bangsa kita datang melihat dan membantu memajukan lagi perniagaan milikan anak kedayan ini.apa-apa pertanyaan tentang servis yang diberikan sila hubungi encik Matahir di talian;014-6500474

Sumbangan Gambar,
Mohd Matahir Hj Kuting

Thursday, December 10, 2009

KewUJuDan Kg ULu SipiTAng



KeWujuDAn Kg Ulu SipItAng ialah diasaakan oleh Penduduk yang berasal Dari Brunei yang mana datang ke tanah sabah ini untuk tujuan mencari lapangan Tanah yang luas serta tempat persembunyian ketika berlaku peperangan.Rata-ratanya datang dari daerah Jerudung.Di anggarkan seramai 7 buah keluarga sahaja yang ada pada ketika itu yang mana berkongsi sebahagian perkampungan ini dengan penduduk orang murut.Pada ketika tu berlaku peperangan antara orang iban(Dayak)yang mana semua orang-orang Murut terbunuh kecuali Kedayan.Dalam peperangan Kadayan dengan Dayak pula kadayan telah menang dan orang Dayak lari sehingg lah sekarang tiada bangsa lain selain Kedayan yang menetap di Kg.Ulu Sipitang.Semua cerita ini adalah dari sumber-sumber orang lama di kg Ulu sipitang dan juga serba sedikit dari penceritaan turun temurun keluarga.Sekiranya ada kesilapan fakta pada post ini sila comment atau sekiranya ada penambahan pada post ini sila hantar fakta tersebut pada email:jasz.us@gmail.com bagi tujuan penambahan fakta KeWujuDan Kg UlU siPItanG.

Wednesday, December 9, 2009

KomuNiTI SejagAt KeDaYan Ulu SipITanG


komuniti sejagat kedayan ulu sipitang,terbahagi kepada empat kampung kecil yang mempunyai komuniti kedayan asli.Antaranya KG.Pasir Putih,KG Menengah,KG Sungai Bubus dan KG Berambai,kesemuanya adalah di bawah satu komuniti sejagat kedayan di ulu sipitang yang memberikan kebanggaan kepada saya kerana masih mengekalkan etnik unik dari kalangan kaum kedayan serata malaysia mahu pun dunia.Walaupun komuniti di sini mempunyai komuniti yang sedikit yang mana boleh di hitung kiranya membuat bancian namun bukan itu persoalaan yang cuba di bangkitkan dalam Blog ini tetapi cara kehidupan yang mana perlu saya tekankan bahawa perubahan atau satu reformasi perlu di laksanakan agar komuniti ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan mahu pun pendidikan,Kebangaan kita tercapai apabila kita bersama-sama membantu merialisasikan impian komuniti ini agar Anak kedayan akan menjadi contoh di mata dunia.

Tuesday, December 8, 2009

KeDaYan Ulu SipItAng


Asalamualaikum,kepada semua saudaraku.Tujuan saya membuat blog ini kerana inginkan pandangan ramai atau umum tentang bangsa kita yang semakin pupus di telan zaman arus pembangunan yang semakin pesat.Pandangan dari anda semua adalah di alu-alukan memandangkan tiada inisiatif dalam menyatukan bangsa kita melainkan usaha seperti ini digalakan bagi menimbulkan kesedaran terhadap betapa pentingnya penyatuan bangsa agar dapat mengekalkan bangsa kita di muka bumi ini.seperti kata pepatah yang sering di laungkan di semenanjung malaysia iaitu, "tidak akan pupus orang melayu di bumi ini"mengapa kita tidak mengambil iktibar dari rangkap perkataan atau bait-bait perkataan tersebut bagi menyatukan bangsa kita ini.Cuba kita tukarkan perkataan MELAYU itu kepada KEDAYAN,Kesedaran seperti ini teramatlah bermakna bagi saya yang merupakan anak jati KEDAYAN yang menginginkan kedamaian serta penyatuan bangsa kita sendiri.Jatuh bangun anak bangsa tersebut adalah di nilai dari segi kesedaran diri masing-masing.Siapa anda? dari mana anda? bangsa apa anda? itu merupakan soalan lazim yang di kemukalan oleh orang ramai mengenai asal keturunan anda.Mahu kah anda melihat pewaris-pewaris bangsa kita berasa malu ketika menyatakan bangsa mereka sendiri,mahu kah anda mendengar perkataan-perkataan serta bahasa ibunda kita semakin hilang di telan bumi,tepuk dada tanya hati....Miskin atau kaya sesuatu institusi kekeluargaan bangsa kita bukan pengukur kemajuan sesuatu bangsa itu tetapi pengukur sebenarnya adala nilai-nilai murni serta kesatuan bangsa serta kerjasama yang di jalinkan sesama kita adalah aset utama yang tidak ternilai bagi bangsa kita ini.Zaman semakin maju dan kebanyakan terlalu memikirkan kemajuan yang ingin di capai hingga kita leka dalam pengurusan bangsa kita atau mewariskan asal keturunan bangsa kita kepada keluarga kita yang lain,jangan pula bangsa kita ini tinggal nama sahaja yang tinggal.Fikirlah saudara ku..bangkitkan usaha penyatuan itu lah langkah yang murni.Terima kasih kepada semua BLOGER KEDAYAN niat anda terlalu murni.Semoga ALLAH mengasihi Kalian saudaraku. Amin.