BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 8, 2009

KeDaYan Ulu SipItAng


Asalamualaikum,kepada semua saudaraku.Tujuan saya membuat blog ini kerana inginkan pandangan ramai atau umum tentang bangsa kita yang semakin pupus di telan zaman arus pembangunan yang semakin pesat.Pandangan dari anda semua adalah di alu-alukan memandangkan tiada inisiatif dalam menyatukan bangsa kita melainkan usaha seperti ini digalakan bagi menimbulkan kesedaran terhadap betapa pentingnya penyatuan bangsa agar dapat mengekalkan bangsa kita di muka bumi ini.seperti kata pepatah yang sering di laungkan di semenanjung malaysia iaitu, "tidak akan pupus orang melayu di bumi ini"mengapa kita tidak mengambil iktibar dari rangkap perkataan atau bait-bait perkataan tersebut bagi menyatukan bangsa kita ini.Cuba kita tukarkan perkataan MELAYU itu kepada KEDAYAN,Kesedaran seperti ini teramatlah bermakna bagi saya yang merupakan anak jati KEDAYAN yang menginginkan kedamaian serta penyatuan bangsa kita sendiri.Jatuh bangun anak bangsa tersebut adalah di nilai dari segi kesedaran diri masing-masing.Siapa anda? dari mana anda? bangsa apa anda? itu merupakan soalan lazim yang di kemukalan oleh orang ramai mengenai asal keturunan anda.Mahu kah anda melihat pewaris-pewaris bangsa kita berasa malu ketika menyatakan bangsa mereka sendiri,mahu kah anda mendengar perkataan-perkataan serta bahasa ibunda kita semakin hilang di telan bumi,tepuk dada tanya hati....Miskin atau kaya sesuatu institusi kekeluargaan bangsa kita bukan pengukur kemajuan sesuatu bangsa itu tetapi pengukur sebenarnya adala nilai-nilai murni serta kesatuan bangsa serta kerjasama yang di jalinkan sesama kita adalah aset utama yang tidak ternilai bagi bangsa kita ini.Zaman semakin maju dan kebanyakan terlalu memikirkan kemajuan yang ingin di capai hingga kita leka dalam pengurusan bangsa kita atau mewariskan asal keturunan bangsa kita kepada keluarga kita yang lain,jangan pula bangsa kita ini tinggal nama sahaja yang tinggal.Fikirlah saudara ku..bangkitkan usaha penyatuan itu lah langkah yang murni.Terima kasih kepada semua BLOGER KEDAYAN niat anda terlalu murni.Semoga ALLAH mengasihi Kalian saudaraku. Amin.

0 comments: